Wednesday, June 10, 2009

Bekas Pelajar 6 A4 06/07 (Ong Cheng Leng) maut kemalangan

Pemandu Honda CRV maut kemalangan

REMBAU 8 Jun - Seorang lelaki ditemui mati selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV yang dipandunya ditemui terbabas dalam gaung kecil di Kilometer 226.7, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini hari ini.

Mangsa, Ong Cheng Leng, 21, ditemui dalam keadaan tersepit di tempat duduk pemandu kenderaan itu dengan kesan kecederaan pada dada dan kepala.

Mayat lelaki itu yang berasal dari Kluang Baru, Johor ditemui sepasukan anggota PLUS Ronda yang menemui sebuah kenderaan terbabas di gaung kecil dan tersorok daripada pandangan pengguna lebuh raya itu.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Supritendan Abdul Halil Hamzah berkata, mangsa ditemui pada pukul 7.45 pagi ini selepas dia memandu bersendirian kenderaan tersebut sebelum terbabas.

"Kenderaan yang dipandu oleh mangsa dalam perjalanan ke arah ibu negara. Polis masih menyiasat punca kemalangan itu dan bagaimana kenderaan tersebut terbabas," kata beliau.

Difahamkan, kenderaan mangsa terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di tepi lebuh raya berkenaan.

Mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga

No comments:

Post a Comment